seribu kata cinta
Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam
menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi
akan kembali jua kecerahannya.
Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah
yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.
Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa,
mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan
antara satu sama lain.
Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan
sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci
tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan
cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah
CINTA .
Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap
kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari.
Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..
Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita
satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam
perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak
mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang
lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi
keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh hati. Namun
janganletakkan harapan terlalu tinggi.
Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah
untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan
walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.
Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang
yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling
dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan
menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….
Cinta
suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan
cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah.
Cinta…